Siapa Kami?

 

psgfm

Seni Gayung Fatani merupakan agensi yang bertindak sebagai organisasi perkhidmatan pendidikan silat terus yakin dan berusaha membangunkan silat Melayu yang masih diamalkan oleh orang Melayu di semenanjung Tanah Melayu dan daerah bersempadan dengannya yang dikenali sebagai silat pulut atau gayung pulut.

Asli bererti tulen, asal atau masih tidak bercampur baur atau bukan tiruan. Silat asli bermaksud silat tersebut masih tulen seperti asalnya, tidak bercampur, paduan atau tiruan. Kurikulum Silat menggunakan sukatan pelajaran silat tujuh tajuk pada tujuh peringkat.

Kini keilmuan perguruan telah dikemaskini dan mendapat pengiktirafan kerajaan Malaysia dengan mewujudkan kurikulum sukatan silat Piawai 2002 Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) selaku salah sebuah badan pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Malaysia.PSGFM

Sukatan ini telah diolah oleh Al-Marhum Tuan Haji Anuar Bin Haji Abd. Wahab AMN merupakan Guru Utama I, Pengasas juga diiktiraf sebagai Pendita perguruan ini telah menyumbangkan perkhidmatan pendidikan silat melalui aktiviti ko-kurikulum jenis pakaian seragam di sekolah-sekolah dan Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia.

Secara kronologi, kurikulum silat PSGFM moden Piawai 2002 atau ringkasnya kurikulum silat ini diwujudkan pada 28hb. Mac 2002.

Hasil mesyuarat antara Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA Malaysia) bersetuju menghasilkan kurikulum silat moden yang dinamakan sebagai kurikulum seni silat Malaysia bagi membantu jurulatih silat melaksanakan program pembangunan silat di sekolah.

Tugas mengasas dan menyusun kurikulum silat itu dipertanggunjawabkan kepada Al-Marhum Tuan Haji Anuar Bin Haji Abd. Wahab AMN.

Kejayaan program tersebut telah mendapat sambutan dan dikursuskan seramai 200 orang guru silat dari pelbagai latar perguruan di seluruh Malaysia.

PESAKA Malaysia telah menangguhkan program ini dan memberi tumpuan kepada program Pencak Silat PERSILAT pada sekitar tahun 2005.

Sukatan itu telah dipulangkan kepada penulis penyusun sukatan tersebut dengan itu terbitlah apa yang kita kenal kini sebagai kurikulum silat PSGFM Piawai 2002.

Kini Seni Gayung Fatani diterajui oleh Tuan Guru Aminuddin Haji Anuar yang telah dilantik menjadi Guru Utama semenjak pemergian Al-Marhum Tuan Haji Anuar Bin Haji Abd. Wahab AMN semenjak tahun 2009. Antara pencapaian beliau semenjak menerajui perguruan ini adalah:

1. Membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa dengan mendapat anugerah persembahan terbaik seni beladiri dunia di Gala Seni Mempertahankan Diri, Rzeszow, Poland pada Oktober 2014.

2. Bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan menerusi siri jelajah Kejohanan Silat Tempur Kebangsaan sejak tahun 2014 dalam usaha melahirkan pelapis pesilat negara pada masa hadapan.

3.  Bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Warisan Malaysia menerusi program Muzik Silat Baku peringkat kebangsaan dalam melahirkan para pelapis dan pewaris pemuzik gendang silat asli Melayu.

4.  Organisasi SILAT Terbaik di peringkat Asia. Menerima pencalonan Organisasi Sukan Terbaik Asia 2015.

5.  Menghasilkan makalah-makalah berkualiti tinggi di peringkat dunia, menyertai persidangan dan ekspo-ekspo yang berkaitan dengan sukan silat dan kebudayaan Melayu serta mempromosi aktiviti kecergasan sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Sebarang permasalahan boleh menghubungi kami di:

+6019 – 324 4038 (Mohamad)
+6017 – 344 6272 (Guru Shahiid)

Email : admin@senigayungfatani.com