Bengkel Silat Tahap 1

Pihak Seni Gayung Fatani akan mengadakan bengkel Seni Silat Malaysia Tahap 1. Bengkel ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari silat yang berumur 15 tahun ke atas.

Para peserta akan mengikuti kursus ini selama 30 jam untuk mempelajari asas persilatan. Para peserta yang berjaya akan dianugerahkan sijil bengkung biru dan berpeluang untuk mengikuti bengkel Seni Silat Malaysia Tahap 2.

Para peserta juga boleh memohon untuk menghadiri Kursus Kejurulatihan Tahap 1 dan 2 sekiranya lulus kedua-dua bengkel tersebut.

Berikut adalah tarikh-tarikh bengkel tersebut yang akan dilakukan pada setiap bulan berserta tarikh tutup pendaftaran:

  • 11-12 Februari 2017 (Tarikh Tutup Pendaftaran : 7 Februari 2017)
  • 11-12 Mac 2017 (Tarikh Tutup Pendaftaran : 6 Mac 2017)
  • 15-16 April 2017 (Tarikh Tutup Pendaftaran : 10 April 2017)
  • 13-14 Mei 2017 (Tarikh Tutup Pendaftaran :8 Mei 2017)
  • 8-9 Julai 2017 (Tarikh Tutup Pendaftaran : 3 Julai 2017)
  • 19-20 Ogos 2017 (Tarikh Tutup Pendaftaran : 14 Ogos 2017)
  • 23-24 September 2017 (Tarikh Tutup Pendaftaran : 18 September 2017)
  • 14-15 Oktober 2017 (Tarikh Tutup Pendaftaran : 9 Oktober 2017)
  • 18-19 November 2017 (Tarikh Tutup Pendaftaran : 13 November 2017)
  • 16-17 Disember 2017 (Tarikh Tutup Pendaftaran : 9 Disember 2017)

Apakah itu Seni Silat Malaysia?

– Kurikulum Silat yang dikenali dengan nama Seni Silat Malaysia atau ringkasnya Silat adalah dari aliran seni silat Melayu tradisi Semenanjung mengikut jalur atau jurai salasilah PSGFM.

– Kurikulum Seni Silat Malaysia mempunyai asal-usul yang jelas boleh diangkat sebagai seni mempertahankan diri bangsa Malaysia.

– Fakta tersebut dapat memertabatkan Malaysia sebagai negara pewaris silat dan sumbangan bangsa Malaysia kepada tamadun dunia.

– Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab (Guru Utama Pertama Seni Gayung Fatani) selaku Pengasas Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dan Kurikulum Baru PSGFM dan akhirnya mengasas dan menyusun Kurikulum Seni Silat Malaysia.

pengasas seni silat malaysia - anuar badul wahab

Sejarah Seni Silat Malaysia?

– Pada tahun 2002 terdapat usaha mewujudkan kurikulum silat untuk membantu Jurulatih Silat membangunkan Silat Seni di sekolah-sekolah di Malaysia telah diusahakan oleh Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWA) dan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama PESAKA Malaysia.

– Kurikulum silat ini telah disampaikan kepada lebih daripada 200 orang guru silat dari pelbagai perguruan silat di Malaysia.

– Tiga puluh tiga orang telah tamat kurikulum silat Tahap Menengah peringkat lima dengan Bengkung Merah.

– Tokoh yang bertanggung jawab mengasas dan menyusun kurikulum silat tersebut ialah Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab.

– Sejak tahun 2002 -2005, Kurikulum silat ini telah berjaya diperturunkan kepada lebih 200 orang guru silat dari pelbagai aliran perguruan silat dan 33 orang daripadanya telah menguasai Tahap Dasar untuk sekolah rendah dan Tahap Menengah untuk sekolah-sekolah menengah iaitu peringkat lima Sukatan Pelajaran Silat.

– Kurikulum silat ini adalah berdasarkan kandungan pelajaran silat Melayu yakni silat asli tempatan versi Malaysia, merupakan yang pertama dihasilkan di Malaysia dan dalam dunia persilatan Melayu lalu dinamakan sebagai Kurikulum Seni Silat Malaysia.

guru utama seni gayung fatani

Perkhidmatan Silat Seni Gayung Fatani

– Seni Gayung Fatani mewujudkan kerjaya yang memberikan perkhidmatan pendidikan silat meliputi seni, beladiri, muzik silat baku dan olahraga.

– Perguruan ini juga melibatkan diri dalam aktiviti silat seperti persembahan, pertandingan dan lain-lain.

– Seni Gayung Fatani melibatkan diri pada seluruh program silat Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) sejak peringkat awal (1980an) seperti mengisi Kursus Jurulatih dan Wasit Juri Silat Olaharaga, Silat Seni, Muzik Silat Baku, kususnya Kurikulum Seni Silat Malaysia.

– Seni Gayung Fatani menyumbang kepada berbagai aktiviti PESAKA dan Kementerian bagi meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran silat kepada Jurulatih silat daripada lain-lain aliran perguruan silat melalui Kursus Jurulatih Seni Silat Malaysia.

– Adalah menjadi tujuan utama PSGFM meneruskan pembangunan dan perkembangan perkhidmatan pendidikan seni silat Melayu sepanjang zaman.

seni silat malaysia

Apa Yang Akan ANDA Dapat?

– Sijil Tamat Latihan Seni Silat Malaysia Tahap Satu.

– Termasuk dalam jurai PSGFM terus dari Allahyarham Tuan Guru Anuar Abdul Wahab AMN.

– Layak untuk menghadiri bengkel kejurulatihan Seni Silat Malaysia Tahap Satu.

– Layak untuk menghadiri bengkel Seni Silat Malaysia Tahap Dua.

– Layak untuk menjadi agen silat untuk menjana pendapatan.

– Mewarisi ilmu persilatan Melayu.

– Layak memakai bengkung warna silat warna BIRU.

Bagaimana Untuk Menyertai?

  • Sila hubungi Encik Mohamad di talian 010 – 309 2494 / 017 – 344 62 72
  • Bayaran Yuran RM 499 (Hanya 10 tempat disediakan). Sila buat bayaran ke akaun RHB 26251300002880 (Seni Gayung Fatani) dan hantarkan gambar resit bayaran ke whatsapp 017- 344 6272 atau email ke admin@senigayungfatani.com
  • Bayaran perlu dibuat sebelum Tarikh Tutup Pendaftaran pada setiap bulan.
  • Para peserta akan diberikan nota dan t-shirt kursus semasa pendaftaran bengkel.
  • Sijil penyertaan dan Sijil pencapaian disediakan.
  • Minuman disediakan semasa bengkel.
  • Bengkel akan dijalankan di Akademi Silat Malaysia, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.