Bolehkah Perempuan Belajar Silat?

Boleh dan tiada sebarang masalah.

Adalah menjadi kewajipan untuk seorang perempuan mempelajari Silat kerana:

  1. Untuk mempertahankan diri daripada sebarang serangan pihak lawan tidak kira lelaki mahupun perempuan.
  2. Melatih fikiran menjadi tajam untuk menyelesaikan masalah semasa kecemasan.
  3. Sebagai satu usaha ikhtiar hidup melawan kejahatan,
  4. Meningkatkan kecergasan fizikal.
  5. Akal fikiran menjadi cerdas,
  6. Menjadi seorang yang mencari jalan dalam sebarang masalah kehidupan.
  7. Menjadi seorang yang tidak mudah putus asa.
  8. Membantu menjadi seorang yang berdikari.
  9. Berani bertindak balas dengan pertimbangan yang waras.
  10. Boleh menghalang daripada serangan seksual pihak lelaki durjana.

Silat Untuk Wanita