Apakah itu Tanding?

Tanding merupakan sukan Pencak Silat Indonesia.

Pada asalnya sukan ini dikenali sebagai Silat Olahraga. Namun Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) telah merubah bentuk pertandingan tempur tersebut supaya mirip dengan kaedah dan teknik Pencak Silat.

Usaha ini dilihat untuk memudahkan aliran Pencak Silat Indonesia dikembangkan di serata dunia serta memudahkan PERSILAT memantau perkembangan sukan berkenaan.

Usaha yang dilakukan oleh Pencak Silat ini dilihat sebagai penghalang kepada perkembangan Silat Melayu.

PERSILAT dan anggotanya mengukuhkan semua aspek pencak silat dengan cara menyeragamkan gerak, kaedah dan rupa pencak silat, kepakaran, ketentuan nilai serta penggunaan istilah dan bahasa pencak silat, rujukan ilmu dan maklumat adalah berdasarkan pencak silat yang berpusat di Indonesia.

Kewujudan PERSILAT telah dapat memenuhi hasrat pengamal pencak silat untuk memartabatkan pencak silat Indonesia di peringkat antarabangsa.

Disebabkan wujud penyataan hak kedaulatan warisan sesuatu bangsa dan negara bahawa pencak silat telah pun di terima dan diiktiraf sebagai seni bela diri asli bangsa Indonesia ( O’Ong Maryono. 2000).

Maka menjadi tanggungjawab PSGFM membangunkan silat Melayu yang merupakan silat asli tempatan atau silat versi di Malaysia.

Siapa Agen Pencak Silat di Malaysia?