Siapa Anuar Abdul Wahab?

Allahyarham Tuan Guru Utama Anuar Abdul Wahab AMN adalah merupakan Guru Utama Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang pertama. Beliau memegang jawatan tersebut dari tahun 1976 hinggalah 2009.

Di Peringkat Antarabangsa, beliau adalah satu-satunya pemegang Sesepuh Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) dari Malaysia.

Terlampau banyak jasanya di peringkat nasional sama ada di dalam Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) mahupun PSGFM. Namun jasa beliau paling utama adalah Pengasas kepada Kurikulum Seni Silat Malaysia. Beliau juga digelar selaku Adiguru Silat dan juga ‘Bapa Pembangunan dan Pengembangan Silat Malaysia’.

Allahyarham Anuar Abdul Wahab (1945-2009)