SILAT vs PENCAK SILAT

CIRI-CIRI SILAT (Silat Melayu / Silat Malaysia)

  • Berasal dari Malaysia dan kawasan-kawasan yang mengamalkan Silat Melayu
  • Menggunakan Bahasa Malaysia.
  • Falsafah pendidikan silat adalah berasaskan kerohanian Islam.
  • Berasaskan kebudayaan Melayu termasuklah pakaian, senjata, muzik dan lain-lain.
  • Gerak dan bentuk Silat adalah berasaskan Bunga dan Tapak Empat dan diiringkan dengan pergendangan Silat Melayu yang dikenali sebagai Muzik Silat Baku Malaysia dan berlatarkan belakangkan sosio budaya Melayu, Islam.
  • Mempunyai Kurikulum Seni Silat Malaysia yang berasaskan Silat Melayu Asli Semenanjung Tanah Melayu.
  • Sukan SILAT adalah pertandingan Seni Silat Melayu, Silat Olahraga dan Silat Seni.

CIRI-CIRI PENCAK SILAT (Silat Indonesia)

  • Berasal dari Indonesia.
  • Menggunakan Bahasa Indonesia.
  • Falsafah pendidikan Pencak Silat TIDAK semestinya berasaskan Islam (sebagai contoh, guru-guru Pencak Silat di Bali mengamalkan aliran Pencak Silat Jawa berfalsafahkan kepada Hindu).
  • Berasaskan kebudayaan Indonesia.
  • Gerakan dan bentuk Pencak Silat lebih kepada kaedah jurusan.
  • Tidak mempunyai kurikulum pembelajaran Pencak Silat yang setara. Berbeza-beza mengikut aliran Pencak Silat tersendiri.
  • Sukan Pencak Silat adalah Tanding, Tunggal, Ganda dan Jurus Wajib.