Tujuh Kelebihan Kelebihan Seni Gayung Fatani Malaysia

POLAND

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah berjaya mengembangkan silat ke seluruh negara dan beberapa negara di peringkat antarabangsa.

Bagi mengukuhkan ilmu, kefahaman dan amalan silat, maka diterjemahkan isi kandungan pelajaran silat Melayu kepada satu kurikulum silat yang telus dan setara yang dapat digunakan secara bersama.

Mempelajari silat adalah merupakan usaha murni kepada seseorang manusia berbangsa Melayu.

Terdapat banyak kelebihan kepada para pengamal yang memilih mempelajari silat yang terbukti berkesan dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah tujuh kelebihan mempelajari Seni Gayung Fatani Malaysia:

PSGFM antara aliran silat Malaysia yang berjaya membangunkan silat Melayu dan menjadi ahli bertaraf anggota badan pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia). Maka menjadi tanggungjawab kepada perguruan ini berusaha membangunkan silat Melayu sebagai usaha memartabatkan silat sebagai seni bela diri rasmi Malaysia. Bagi tujuan tersebut, ilmu persilatan perguruan ini berupaya mengekalkan keaslian silat Melayu, yakni kandungan pelajaran silat yang bebas dari paduan, campuran atau gabungan daripada mana-mana aliran pencak silat, seni bela diri atau seni mempertahankan diri bukan silat.

Sila baca laporan selanjutnya di SILAT TERBAIK ASIA

sgf