Siapa Agen Pencak Silat di Malaysia?

silat melayu

  • PESAKA MALAYSIA.
  • Pada 6hb. Februari 1978 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia (KKBS) telah mengadakan satu pertemuan antara empat pertubuhan silat iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayung Malaysia, Seni Silat Lincah Malaysia dan Seni Silat Cekak Malaysia yang bertujuan untuk menyusun usaha ke arah menubuhkan organisasi silat di Malaysia yang dinamakan Majlis Seni Silat Malaysia.
  • Penubuhan Majlis Seni Silat Malaysia adalah bertujuan ke arah menentukan pelaksanaan dasar dan penyelarasan silat melalui satu badan gabungan yang menjaga serta mengawal kepentingan silat. Di samping mewujudkan satu keadaan yang sihat di kalangan kepelbagaian jenis dan sifat silat.
  • Walau bagaimanapun, hasrat mendaftarkan penubuhan Majlis Seni Silat Malaysia telah diketepikan dan ditukarkan kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia).
  • Pertukaran nama tersebut adalah kesan pengaruh penubuhan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) pada 24hb. September 1979 yang mengiktiraf Malaysia sebagai anggota pendiri PERSILAT di mana Malaysia, Singapura dan Brunei merupakan negara yang banyak terdapat aliran pencak silat yang mempunyai asal usul dan badan induk di Indonesia. Bagaimanapun Malaysia tetap dianggap sebagai negara pewaris silat.
  • Mulai tarikh tersebut, PESAKA Malaysia dengan rasminya menganggotai Persekutan Pencak Silat Antrabangsa (PERSILAT) yang berdaftar pada ditubuhkan 11hb.Mac 1980 di Jakarta Indonesia.
  • Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka Malaysia) telah ditubuhkan pada 24hb. September 1983 dan disahkan pendaftarannya pada 21hb. Mei 1986.
  • Pada asalnya wujudnya PESAKA adalah untuk mengembangkan seni silat secara bersistematik di seluruh Malaysia.
  • Namun sejak akhir 1990an, pihak PERSILAT telah mengubah seluruh bentuk pertandingan Silat kepada bentuk atau aliran Pencak Silat Indonesia. PERSILAT telah mengembalikan semua istilah dalam pencak silat kepada istilah bahasa Indonesia dan membakukan kategori Tunggal, Ganda, Regu dan kategori Tanding berdasarkan gerak dan kaedah pencak silat.
  • Pencak Silat Seni yang dibakukan menjadikan atlet pencak silat menghafal gerakan untuk tujuan bertanding dan memudahkan penilaian yang seragam. Kategori Tanding dipermudahkan peraturannya seperti menggugurkan kaedah dan nilai kuncian serta kerapian seni bagi memudahkan atlet atau pesilat dari negara yang baru mengamalkan pencak silat.
  • Hasilnya amat baik, atlet dari negara-negara lain yang mengamalkan aliran Pencak Silat telah memperlihatkan kemajuan dan berjaya menguasai pertandingan pencak silat.
  • Penyeragaman gerak dalam pertandingan pencak silat seni dan memudahkan unsur-unsur teknik dan taktik yang boleh ditampilkan dalam tanding memudahkan penataran serta pelaksanaan wasit juri dan penilaian berdasarkan rupa dan bentuk aliran Pencak Silat Indonesia.
  • Melalui PERSILAT segala usaha pengukuhan semua aspek pencak silat dilakukan dengan baik seperti menyeragamkan gerak, kaedah dan rupa pencak silat, kepakaran, ketentuan nilai serta penggunaan istilah dan bahasa pencak silat, rujukan ilmu dan maklumat adalah berdasarkan pencak silat yang berpusat di Indonesia.
  • Disebabkan PESAKA adalah badan pendiri PERSILAT, maka segala bentuk program yang dijalankan adalah bersandarkan kepada gerak dan bentuk Pencak Silat. Lebih menyedihkan lagi apabila segala peruntukan dana yang diberikan oleh pihak kerajaan Malaysia telah diberikan untuk membangunkan atlet dan program pencak silat. Sehubungan dengan itu aliran perguruan pencak silat telah berkembang dengan baik di Malaysia.
  • Kini tujuan PESAKA ialah untuk membangunkan pencak silat di Malaysia bukan Silat Melayu.
  • Silat Melayu dibangunkan oleh Seni Gayung Fatani secara besar-besaran sehingga diiktiraf sebagai Silat Malaysia.

SENI GAYUNG FATANI PEMBANGUN SILAT MELAYU DI MALAYSIA / SILAT

  • Pada 28 Mac 2002 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia (KekWa) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia) dengan kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka Malaysia) telah bersetuju mewujudkan Kurkulum Silat yang dikenali dengan nama Kurikulum Seni Silat Malaysia atau ringkasnya silat untuk diguna pakai di dalam pendidikan silat di sekolah-sekolah Malaysia.
  • Tuan Haji Anuar Abd.Wahab merupakan Guru Utama PSGFM dan Ahli Dewan Perguruan Pusaka Malaysia ditugaskan mengasas dan menyusun Kurikulum Silat yang menjadi dasar mewujudkan sukatan pendidikan silat, rancangan mengajar dan ujian penilaian silat.
  • Beliau telah menyampaikan kepada lebih daripada dua ratus kepada guru silat daripada berbagai aliran perguruan di Malaysia.
  • Kurikulum Silat yang dibina berdasarkan Silat Melayu yang dikenali sebagai Kurikulum Silat Melayu atau Kurikulum Seni Silat Malaysia atau ringkasnya Silat. Maka Seni Gayung Fatani mengamalkan Kurikulum Silat tersebut secara sepenuhnya.

best silat