Di Mana Boleh Belajar Silat Olahraga?

silat olahraga malaysia

  • Kursus silat olahraga dan wasit juri yang pertama di Malaysia diadakan di Johor Bharu pada 13hb.Ogos hingga 21hb.Ogos 1983.
  • Kursus silat olahraga ketika itu disebut sebagai olahraga pencak silat dan wasit juri disampaikan oleh pegawai teknik dari Persekutuan Pencak Silat iaitu Saudara Hasbullah Awang dan Saudara Januarno.
  • Peserta adalah daripada guru atau Jurulatih kanan silat yang mewakili perguruan peringkat badan pendiri Pesaka dan Pesakan negeri.
  • Beberapa kursus telah dijalankan oleh kementerian ketika itu dengan menggunakan tenaga Anuar Abd.Wahab.
  • Hasil kursus jurulatih silat olahraga dan wasit juri dapatlah mengadakan pertandingan silat olahraga pertama di Kuala Lumpur 1984. Hasil pelajaran yang diperturunkan telah dibukukan iaitu Buku Silat Olahraga (Anuar Abd.Wahab. 1987).
  • Berikutnya ialah mewujudkan manual jurulatih silat olahraga tahap Satu (30hb.Jun 2002) dan tahap dua (5hb.Julai 2002) anjuran Majlis Sukan Negara. Manual jurulatih silat Olahraga menggunakan kurikulum silat.
  • Kini bidang kejurulatihan Silat Olahraga di Malaysia diketuai oleh Pakar Silat, Tuan Guru Professor Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie. Beliau mempunyai pengalaman selaku petanding kebangsaan dan antarabangsa, jurulatih silat olahraga yang menghasilkan ramai juara-juara silat seni dan silat olahraga remaja dunia, pengkaji dan penulis ilmiah makalah-makalah silat antarabangsa, penulis buku ‘Pedoman Juara Silat Olahraga’ serta mempunyai doktor falsafah (PhD) dalam bidang Kejurulatihan Silat Olahraga dari United Kingdom.
  • Sebarang persoalan mengenai Silat Olahraga bolehlah menghubungi:

Akademi Silat,
Worldwide Business Centre,
Blok 2, Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
+6019-324 4038

silat olahraga