Siapakah Guru Utama Pertama Seni Gayung Fatani Malaysia?

guru utama seni gayung fatani

 

Guru Utama Seni Gayung Fatani

Anuar Abdul Wahab (1976 – 2009)

Aminuddin Anuar (2009 – kini)

warisan guru utama

1. Maklumat Guru Utama Pertama – Anuar bin Abdul Wahab (1945-2009)

Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab AMN mula melibatkan diri dalam silat sejak tahun 1957. Pada tahun 1976 beliau diangkat secara rasmi sebagai Guru Utama PSGFM dengan persetujuan para Guru Tua yang mewakili kumpulan peringkat negeri, mereka ialah En.Embung Abdullah (Selangor), Tn.Hj.Imam Mansor Ismail (Perak), Tn,Hj,Mohamad Ali (Kedah) dan Tn.Hj.Ramli Syeikh Abd.Rahman (anak pengasas perguruan).

Kerjasama para Guru Tua menjadikan beliau mahir dalam selok belok rahsia perguruan ini dan akhirnya beliau berjaya membangun dan mengembangkan perguruan ini diperingkat Malaysia dan antarabangsa.

Beliau dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor (23hb.12.1945). Mendapat pendidikan pertama di Sekolah Melayu Sabak Bernam, Sekolah Menengah Kebangsaan Sabak Bernam dan Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur.

Memiliki pendidikan Diploma Pengajian Islam (UKM), Sarjana Muda Kepujian (USM) dan Sarjana (UKM).

Maklumat Guru Utama Kedua – Guru Aminuddin bin Anuar (2009-kini)

Guru Utama PSGFM kedua adalah Tn. Guru Aminuddin b. Haji Anuar. Beliau dilahirkan pada 6 Ogos 1970 di Lenggong Perak,Malaysia. Merupakan ahli seumur hidup PSGFM (No. Ahli: 1400) sebelum dipilih menerajuinya berdasarkan karakter, kepimpinan dan pengalaman luas beliau dalam dunia persilatan.

Pemilihan beliau selaku Guru Utama pernah dihasratkan oleh Allahyarham Tn. Haji Anuar Abdul Wahab semenjak tahun 1999 lagi. Naman disebabkan pendirian beliau yang menghormati Allahyarham sebagai pemimpin utama sebuah persilatan yang masyhur ketika hidupnya, beliau hanya menerima tugas ini setelah ketiadaan beliau. Tugas ini diterima dengan penuh sabar dan amanah dalam meneruskan kesinambungan silat melayu warisan bangsa Malaysia ini. Bak kata pepatah ‘patah tumbuh, hilang berganti’.

seni gayung fatani