Ilmu Kebatinan Dalam Silat

MUKA DEPAN PEDOMAN SILAT

Ilmu kerohanian adalah berlatarkan kepercayaan.

Kerohanian Melayu terdiri daripada beberapa peringkat iaitu Kerohanian Melayu tradisi, Kerohanian Melayu Hindu Buddhisme dan Kerohanian Melayu Islam.

Di dalam Kerohanian Melayu Islam terdapat amalan-amalan tradisi yang tidak bercanggah dengan akidah Islam masih dimalkan.

Kerohanian silat Melayu ialah berdasarkan kepercayaan agama Islam, sesuai dengan makna Melayu bagi orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah iaitu mereka berbahasa Melayu, berbudaya Melayu dan beragama Islam.

Maka Islam telah menyumbangkan amalan kerohanian Islam ke dalam persilatan Melayu bagi mengantikan amalan-amalan kerohanian yang dikosongkan oleh kepercayaan-kepercayaan sebelumnya.

Bertitik tolak daripada pengisian kerohanian Islam dalam Silat Melayu, maka kerohanian Silat Melayu terus bersih daripada pengaruh dan ajaran yang sebelumnya.

kongres dan warisan melayu sedunia