Apa Itu Pencak Silat?

AKADEMI SILAT 640x90

Pencak Silat telah diiktiraf sebagai seni bela diri rasmi bangsa Indonesia.

Pada tahun 1950 kongres Ikatan Pencak Silat Indonesia yang diadakan di Jokjakarta, Indonesia bersetuju mewujudkan pelajaran pencak silat dimasukkan di sekolah serta membantu pengamal pencak silat dari luar.

Bagi membangunkan aktiviti pencak silat diadakan latihan Senam Pencak Silat di peringkat sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi serta mencipta peraturan pertandingan olahraga pencak silat yang membolehkan semua aliran perguruan pencak silat di Indonesis bertanding mengikut kaedah masing-masing.

Pada 24hb.September 1979 (Sukan Sea ke-14) di Jakarta, kongres pertama dianjurkan oleh Ikatan pencak Silat Indonesia (IPSI) dengan mencadangkan untuk mewujudkan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) untuk membawa pencak silat dipertandingkan dalam Sukan SEA, Sukan Asia dan Olimpik serta membangunkan pencak silat di peringkat antarabangsa.

Cadangan tersebut telah diujukan oleh Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI) kerana melihatkan aliran pencak silat telah berkembang di Nusantara dan beberapa negara dunia dan bersetuju mengiktiraf Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia sebagai negara pendiri Malaysia diwakili oleh Datuk Zainal Abidin Abu Zarin (Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia), Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab dan Ustaz Hanafi bin Ahmad.

Melalui PERSILAT, pencak silat telah dapat dikembangkan di beberapa buah negara dunia.

Sejak tahun 2000 PERSILAT telah mengembalikan semua istilah dalam pertandingan pencak silat kepada istilah bahasa Indonesia iaitu kategori tunggal, ganda, regu dan tanding di peringkat Kejuaraan Pencak Silat Sedunia, Sukan Sea, Kejuaraan Pencak Silat Eropah dan sebagainya.

Demikian juga dengan kategori Tanding dimudahkan peraturannya seperti menggugurkan nilai kuncian dan kerapian seni agar membolehkan sukan pencak silat ini diikuti oleh atlit pencak silat dari negara bukan asal pencak silat.

Hasilnya, atlit pencak silat dari negara-negara bukan pencak silat telah memperlihatkan kemajuan dan berjaya dan menguasai pertandingan pencak silat.

Penyeragaman gerak dalam persembahan pencak silat seni dan memudahkan unsur-unsur teknik dan taktik yang boleh ditampilkan dalam tanding memudahkan penataran serta pelaksanaan wasit juri, teknikal, penilaian.

Kewujudan Persilat telah dapat memenuhi hasrat pengamal pencak silat untuk memertabatkan Pencak Silat di peringkat antarabangsa.

Disebabkan wujud penyataan hak kedaulatan sesuatu bangsa dan negara bahawa pencak silat telah diiktiraf sebagai seni beladiri bangsa Indonesia (Rayon R :1972, Ki Moh.Djoemali :1982, Uyuh Suwanda : 1979. R.Asikin :1975 atau O’Ong Maryono. 2000).

Jesteru itu, menjadi tanggungjawab Seni Gayung Fatani membangunkan silat Melayu yang merupakan silat asli tempatan atau silat versi di Malaysia daripada kehilangan identiti negara asal Silat di dunia.

POLAND