Tanding Bukan Sukan Silat Olahraga

MUKA DEPAN PEDOMAN SILAT

TANDING

  • Nama asal sukan ini ialah Olahraga Pencak Silat dan kini disebut sebagai Tanding.
  • Sukan Tanding merupakan sukan yang bercirikan pencak silat yang berasal dari Indonesia yang telah dikembangkan melalui Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat) di peringkat antarabangsa. Di Malaysia Sukan ini dikembangkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Malaysia, di mana Malaysia adalah merupakan ahli pendiri Pencak Silat.
  • PESAKA Malaysia memperjuangkan pertandingan Pencak Silat berbanding Silat Melayu (Silat Pulut). Ini merosakkan masa depan silat di Malaysia.
  • Ilmu seni pencak silat yang merupakan seni beladiri bangsa Indonesia dan sejarah latar belakang peraturan pertandingan sukan ini diperkukuhkan oleh beberapa sistem pertandingan seni mempertahankan diri luar yang terdapat di Indonesia seperti karate, judo, jujitsu, kempo.
  • Malah beberapa pencak silat Indonesia telah sudah banyak memakai sistem Karate, judo, kuntau, dan sebagainya (Maryon 1972).

 

SILAT OLAHRAGA

  • Sukan Silat Olahraga adalah menepati kaedah bahasa Melayu dan amalan silat di Malaysia yang terdiri berbagai jenis aktiviti silat seperti Silat Tari, Silat Pulut, Silat Buah, Silat Sembah, Silat Jatuh, Silat Olahraga dan sebagainya.
  • Silat Olahraga merupakan satu pertandingan berasaskan teknik-teknik Silat Melayu yang diterima pakai dalam pertandingan silat.
  • Sukan ini tidak mencampur aduk sistem atau kaedah buah pukulan mahupun teknik daripada beladiri asing demi memastikan keaslian sukan berdasarkan Silat Malaysia.
  • Pelajaran silat dan peraturan pertandingan amat diperlukan oleh seseorang atlit dalam membantu seseorang atlit silat tidak kira daripada mana-mana perguruan silat untuk memahami tatacara pertandingan sebenar pertandingan Tempur ini.
  • Oleh sebab itu Silat Olahraga merupakan satu sukan yang bercirikan silat yang mempunyai peraturan pertandingan berlandaskan teknik-teknik Silat Melayu.

Silat 728x90