Pencak Silat bukan Silat Melayu

 

silat melayu

Pencak Silat telah diiktiraf sebagai seni bela diri rasmi bangsa Indonesia.

Pada tahun 1950 kongres Ikatan Pencak Silat Indonesia yang diadakan di Jokjakarta, Indonesia bersetuju mewujudkan pelajaran pencak silat dimasukkan di sekolah serta membantu pengamal pencak silat dari luar.

Bagi membangunkan aktiviti pencak silat diadakan latihan Senam Pencak Silat di peringkat sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi serta mencipta peraturan pertandingan olahraga pencak silat yang membolehkan semua aliran perguruan pencak silat di Indonesis bertanding mengikut kaedah masing-masing (R.Maryon S.D. 1972).

Pada 24hb.September 1979 (Sukan Sea ke14) di Jakarta, kongres pertama dianjurkan oleh Ikatan pencak Silat Indonesia (IPSI) dengan mencadangkan untuk mewujudkan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat) untuk membawa pencak silat dipertandingkan dalam Sukan SEA, Sukan Asia dan Olimpik serta membangunkan pencak silat di peringkat antarabangsa.

AKADEMI SILAT 640x90