Apa Itu Silat Pulut?

 

silat pulut

Persembahan silat diiringkan dengan paluan pergendangan silat yang berasal daripada gendang perang kini dikenali sebagai muzik silat baku Malaysia.

Perkataan atau sebutan silat pulut adalah mengikut tafsiran, kefahaman atau pemerhatian secara umum ketika itu yang silat kerap dipersembahan dalam majlis resmi kenduri kendara makan pulut.

Permainan silat ini kerap dihubungkan dengan nama silat pulut atau gayung pulut kerana setiap pemain akan diberikan cenderahati iaitu bunga telur yang disertakan sekepal pulut.

Silat Pulut yang dapat mengekalkan ilmu kepahlawanan atau ilmu seni perang Melayu dalam bentuk seni rakyat. Silat boleh mengikuti pertandingan Pencak Silat tetapi Pencak Silat tidak mempunyai kebolehan mengikuti pertandingan Silat Melayu.

 

silat pulut